April 20, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Guru bertugas minggu ini ialah Cik Zaharah bt Abdullah dan Pn. Kalsom
bt Abu Harerah.
Pengumuman yang telah disampaikan ialah:
1. Peperiksaan Pertengahan tahun sudah hampir kurang sebulan
sahaja lagi.
2. Kelas Ganti akan diadakan pada hari Sabtu ini (25/4/09) bermula jam
1.10petang, menggunakan jadual hari Khamis.
3. Setiap pelajar dikehendaki membayar RM1.00 untuk yuran SEGAK yang akan
dikutip oleh Ketua Tingkatan masing-masing.
4. Lawatan Pameran Buku anjuran Kelab Usahawan di PWTC pada
hari Sabtu 24/4/09.
5. Pelajar yang terlibat dengan raptai Hari Kecemerlangan, sila hadir
mengikut masa yang telah ditetapkan.
6. Minggu ini merupakan Minggu Bahasa Inggeris.

Syed Alif sedang mengendalikan sesi latihan Choral Speaking.


Ketua Tingkatan 1Cekal sedang menerima Piala Pusingan untuk kelas
terbersih pada minggu lalu dari GPK Petang, Pn. Norlia bt Abu Bakar.


Gambar-gambar rakaman perhimpunan sesi petang di luar
dewan pada petang 20/4/2009

PROGRAM BULAN JUN 2009

1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2009

1. Mesyuarat Guru Kali Ke-6 - 16/9/09
2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09
3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September.
4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.

PROGRAM BULAN OKTOBER 2009

1. Mesyuarat Guru Petang kali ke 7.
2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009)
3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009)
4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009

1. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09
2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09
3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09
5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009

ALUAN BLOG

Blog Pentadbiran Penolong Kanan Petang ini diwujudkan untuk memberikan ruang kepada semua warga SMK. Sg. Choh, mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang dapat dirakam untuk tatapan warga SMKSC. Di samping itu, pihak kami amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan dan penambahbaikan mengenai isikandungan blog ini. Sekian.