November 13, 2009

PERTANDINGAN BOLA BALING

Pertandingan akhir Bola Baling P15 antara rumah sukan dijalankan seperti biasa pada petang ini.


PERTANDINGAN BERCERITA DAN SYAIR

Pertandingan bercerita dan bersyair Bahasa Melayu pelajar sesi petang telah diadakan di Dewan Wawasan. Tujuh orang peserta menyertai pertandingan bercerita manakala enam orang memasuki pertandingan bersyair.

Situasi sebelum pertandingan dimulakan.

Salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita


Salah seorang peserta yang menyertai pertandingan bersyair.

November 12, 2009

PERLAWANAN BOLA BALING L15 DAN P15

Sempena Program Rakan Muda Sukan Sekolah, Pertandingan Bola Tampar antara rumah sukan telah dijalankan pada petang ini.
Perlawanan bola tampar pasukan lelaki 15tahun sedang beraksi (gambar bawah)

Pasukan Bola Baling Perempuan Bawah 15tahun sedang bertanding walaupun gelanggang berair.

November 11, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA SEKOLAH

Pertandingan bola tampar (P15) dan Sepak Takraw (L15) telah diadakan pada hari ini. Rumah Merah telah menjadi johan dalam pertandingan antara rumah sukan untuk permainan Sepak Takraw

EDARAN BUKU TEKS

Pn. Kalsom bt Abu Harerah bersama pembantu beliau sedang mengagihkan buku teks Tingkatan 3 kepada pelajar Tingkatan 2Dedikasi.

Pelajar Tingkatan 2Dedikasi yang telah menerima buku teks Tingkatan 3


November 7, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA KECERDASAN

Matlamat program ini dilaksanakan ialah untuk memanfaatkan masa pelajar yang hadir ke sekolah selepas peperiksaan akhir tahun. Mereka juga dapat berinteraksi antara kaum untuk mewujudkan suasana persefahaman dan perpaduan antara kaum melalui aktiviti permainan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Sepak Takraw, Bola Baling, Futsal, dan bola jaring.


Perlawanan futsal telah dimulakan.

October 31, 2009

KELAS GANTI HARI SABTU

Kelas ganti Hari Sabtu berjalan seperti biasa menggantikan cuti berganti sempena Perayaan Deepavali.

Pn. Nor Jihan bt Mohammad menggunakan kesempatan yang ada, menguji minda pelajar dengan mengadakan Kuiz Matematik. Terima Kasih atas idea dan kerjasama beliau.

October 22, 2009

MESYUARAT GURU SESI PETANG


Pn. Norlia bt Abu Bakar telah mempengerusikan mesyuarat. GPK KOKO turut hadir.

Di antara perkara yang disentuh ialah:
1. Program Rakan Muda Kecerdasan - Pertandingan antara rumah sukan untuk permainan Bola Tampar, Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling dan mungkin ping pong, 6/11/09 - 13/11/09.
2. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09
3. Keyin Markah Peperiksaan Akhir Tahun pada 9/11/09 - 14/1109
4. Cetak slip keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 16/11/09
5. 9/11/09 - Pemulangan dan penerimaan buku teks

October 5, 2009

JAMUAN KRK

Semua pelajar KRK dan guru-guru yang mengajar KRK dijemput hadir ke Majlis Jamuan KRK yang akan diadakan pada 23/10/2009 (Jumaat) bertempat di kantin sekolah.

September 17, 2009

MESYUARAT GURU SESI PETANG KALI KE-6



Mesyuarat diadakan pada 16/9/09 (Rabu) bertempat di bilik mesyuarat bermula jam 12.40tgh - 2.00petang . Puan Pengetua dan GPK KOKO turut hadir memberi taklimat;
Antara perkara-perkara yang disentuh:
1. Peperiksaan Akhir tahun 2009 pada 28/10 - 5/11/09.
2. Peperiksaan PMR. 7/10 - 13/10/09.
3. Sila masukkan markah SAP Headcount bulan Ogos.
4. Majlis Penutupan Sempena Bulan Kemerdekaan kali ke-52 akan diadakan pada 17/9/09.
5. Pungutan Yuran Sekolah perlu diteruskan.
6. Ada sedikit perubahan tentang jadual P & P selepas guru pelatih UPSI tamat tempoh praktikum.
7. Keyin Markah PLBS BM akan di adakan pada penghujung bulan September 2009.
8. Lawatan ke-Genting Highland pada 19/11/2009.

September 16, 2009

PROGRAM SALAM

Guru dan pelajar sesi petang mengambil kesempatan pada perhimpunan kali ini untuk bersalam-salaman memohon kemaafan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang akan dirayakan pada minggu depan.

August 21, 2009

CYBERKIDS KOMUNITI 2

Kursus penggunaan perisian Photoscape, Audacity telah diadakan di Makmal Komputer 2 bermula jam 3.55petang hingga 6.15petang. Kesemua pelajar tingkatan 1Amanah telah hadir. Terima kasih kepada Ahli Kelab Cyberkids yang terlibat.




TAYANGAN FILEM PATRIOTIK

Tayangan Filem EMBUN dan BUKIT KEPONG telah diadakan pada 21.8.09 di Bilik Tayangan

PEPERIKSAAN SELARAN BULAN OGOS 2009

Peperiksaan telah diadakan pada 17.8.09 - 19.8.2009

August 14, 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Sebahagian pelajar sesi petang sedang menonton Dokumentasi Kemerdekaan terbitan Filam Negara Malaysia di bilik tayangan.
Pelajar sesi petang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Mencari Harta Karun. Semua unit beruniform telah menghantar 5orang wakil untuk menyertai pertandingan tersebut.

August 13, 2009

AKTIVITI KOMUNITI KELAB CYBERKIDS

Ahli Kelab Cyberkids telah mengadakan kursus PhotoScape kepada pelajar Tingkatan 2 Amanah. Kursus tersebut diadakan di Makmal Komputer 2 telah diketuai oleh Noor Syahirah bt Hasan bermula jam 3.50petang hingga 6.30petang. Terima Kasih kepada mereka kerana telah mengendalikan kursus tersebut dengan jayanya.

August 10, 2009

MENANDATANGANI KAIN RENTANG

Pelajar sedang menandatangani Kain Rentang Kemerdekaan
Perhimpunan petang

August 7, 2009

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK

Pertandingan Lagu Patriotik secara solo mengikut Unit Beruniform juga turut dipertandingkan.



BACAAN YASIN

Majlis tersebut diadakan di surau SEMESCO, sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat dan rahmat yang telah dikecapi selama 52tahun setelah mencapai kemerdekaan negara.
Majlis disertai oleh pelajar dan guru-guru Islam sesi petang. Pn. Alimah bt Abu Noh, GPK KOKO turut sama hadir.

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK

Secara berkumpulan, pelajar sesi petang mengambil bahagian dalam pertandingan menyanyikan lagu-lagu patriotik mengikut Unit Beruniform masing-masing







July 30, 2009

TAKLIMAT GURU-GURU SESI PETANG

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat SEMESCO.
Perkara-perkara yang telah disentuh ialah:
1. Ujian selaras bulan Ogos akan bermula pada 18/8/09 hingga 20/8/09
2. 2/8/09 (Isnin) merupakan hari pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-52
3. Apa-apa tugasan yang telah diberikan kepada guru hendaklah diselesaikan.
4. Buku register hendaklah sentiasa dikemaskini.

July 27, 2009

PERHIMPUNAN PETANG

Pn. Chen sedang menyampaikan ucapan bertajuk "AMALAN BERBUDI BAHASA" Pelajar sedang mendengar ucapan guru bertugas


Pengumuman minggu ini:

1. Guru bertugas minggu ini ialah Pn. Chen Kwee Yin dan Pn. Letchumy.

2. Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-52, setiap unit beruniform dikehendaki menghantar seorang wakil dan satu kumpulan (2 - 10 orang) bagi mengambil bahagian dalam acara Nyanyian Lagu Patriotik. Pertandingan akan diadakan pada 7 Ogos, 2009.

3. Kelas terbersih minggu lalu jatuh kepada Tingkatan 1 Amanah.

July 24, 2009

PERLAWANAN ANTARA RUMAH SUKAN

Sempena Kempen Bulan Kecerdasan anjuran Panitia PJPK, pelajar sesi petang telah mengambil bahagian dalam Perlawanan Bola Baling dan Sepak Takraw.



July 21, 2009

KEMPEN BULAN KECERDASAN

Barisan pemandu senamrobik sedang beraksi, diketuai oleh En. Sabri b. Ahmad

Pelajar sesi petang sedang melakukan senamrobik



PROGRAM BULAN JUN 2009

1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2009

1. Mesyuarat Guru Kali Ke-6 - 16/9/09
2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09
3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September.
4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.

PROGRAM BULAN OKTOBER 2009

1. Mesyuarat Guru Petang kali ke 7.
2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009)
3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009)
4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009

1. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09
2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09
3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09
5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009

ALUAN BLOG

Blog Pentadbiran Penolong Kanan Petang ini diwujudkan untuk memberikan ruang kepada semua warga SMK. Sg. Choh, mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang dapat dirakam untuk tatapan warga SMKSC. Di samping itu, pihak kami amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan dan penambahbaikan mengenai isikandungan blog ini. Sekian.