GPK Petang, Pn. Norlia bt Abu Bakar sedang memberikan ucapan sebelum pelajar masuk ke kelas masing-masing.
March 30, 2009
March 27, 2009
AKTIVITI PERMAINAN DAN PERSATUAN
March 26, 2009
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN
Kami seluruh warga pendidik dan pelajar sesi petang SMK Sg. Choh, ingin mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR" kepada Guru Penolong Kanan Petang SMK. Sg. Choh, yang menyambut hari lahir beliau pada hari ini.
Ya ALlah, Ya Rahman, Ya Rahim, engkau rahmatilah kebaikan ke atasnya, bukakanlah pintu keberkatan dalam kehidupan berkeluarga mereka, limpahilah keluasan rezeki seisi keluarganya. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan dalam segala urusan dunia maupun akhirat. Amin.
Ya ALlah, Ya Rahman, Ya Rahim, engkau rahmatilah kebaikan ke atasnya, bukakanlah pintu keberkatan dalam kehidupan berkeluarga mereka, limpahilah keluasan rezeki seisi keluarganya. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan dalam segala urusan dunia maupun akhirat. Amin.
March 25, 2009
PEPERIKSAAN UJIAN SELARAS 1 - 2009
March 20, 2009
March 13, 2009
AKTIVITI UNIT BERUNIFORM 13.3.09
En. Rahim selaku Guru Penyelaras Pasukan Unit Beruniform sesi petang, sedang memberikan penerangan (gambar bawah)
Perhimpunan diadakan di dalam Dewan bila hari mulai hujan, mereka akan menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
Setelah perhimpunan di dewan, mereka melakukan aktiviti mengikut Unit Beruniform masing-masing. Kelihatan gambar bawah, Unit Putri Islam sedang melakukan aktiviti Ikatan Manik Kayu di ketuai oleh Pn. Shafinaz, Pn. Fadzilah dan Pn. Asmah (tidak kelihatan)
Pasukan Kadet Polis sedang menjalankan aktiviti menyanyikan lagu unit berkenaan
Kadet Puteri sedang mendengar taklimat
Kadet Remaja Sekolah sedang mendengar taklimat En. Rahim mengenai Perkhemahan yang akan diadakan pada Bulan Mei.
Pn. Soh sedang melatih pelajar Kadet Bomba menyanyikan lagu Unit berkenaan.
AKTIVITI KOKURIKULUM
Pn. Chen, merupakan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual sedang memberitahu teknik melukis mural kepada Anis dan Safura tingkatan 2 Amanah. Ini merupakan aktiviti Panitia Pendidikan Seni Visual.
Dua orang pelajar (bawah), Syahirah dan Ain Afiqah tingkatan 2Amanah sedang melukis mural di bahagian luar dinding Bilik Mesyuarat.
Dua orang pelajar (bawah), Syahirah dan Ain Afiqah tingkatan 2Amanah sedang melukis mural di bahagian luar dinding Bilik Mesyuarat.
March 11, 2009
MESYUARAT PENGURUSAN PETANG KALI KE-2
Satu mesyuarat guru-guru petang telah diadakan pada 11.3.09 (Selasa) jam 12.40tengah hari hingga 1.30petang. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Guru Penolong Kanan Petang. Di antara perkara yang disentuh ialah:
1. Guru tingkatan dipohon agar menyerahkan fail akujanji tingkatan masing-masing ke Bilik GPK Petang.
2. Jadual Ujian Selaras 1, akan bermula pada 25/3 - 27/3/09. Semua guru pembuat soalan diminta menghantar soalan ke bilik GPK Petang dua hari sebelum peperiksaan.
3. Guru-guru diminta tidak meletakkan kenderaan di kawasan tapak perhimpunan pada petang Rabu, kerana pelajar sesi pagi akan mengadakan aktiviti kokurikulum.
4. Jadual waktu terkini telah diedarkan setelah rombakan kelas dilaksanakan.
5. Guru-guru diminta agar menulis seperti biasa - kelas, masa, tajuk yang diajar dalam buku rekod mengajar, walaupun kelas mereka diambilalih oleh guru praktikum.
6. Sebarang dokumentasi yang telah ditugaskan kepada guru-guru hendaklah dilengkapkan termasuklah fail-fail panitia.
7. Guru Penyelaras Tingkatan 1 dan 2 diminta mengisi rekod kehadiran pelajar jika guru tingkatan tidak hadir/berkursus pada hari persekolahan.
8. Pencerapan sudah pun bermula dan akan diteruskan.
9. Kelas-kelas (KRK), 2Amanah dan 1Amanah akan terlibat dengan teknik menjawab bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, di Bilik Mesyuarat pada 12/3/09, jam 2.30petang - 4.00petang. Guru-guru yang mengajar masa berkenaan dikehendaki berada dalam bilik tersebut.
10 Perkhemahan kelas KRK akan diadakan bertempat di Kalumpang Resort pada 2/5 - 3/5/09. AJK bertugas akan diberitahu kemudian. Jika ada sumbangan atau ada guru-guru yang dapat mengusahakan apa jua sumbangan terutama perbelanjaan amat dialu-alukan.
March 10, 2009
PROGRAM MENTOR MENTEE SESI PETANG
Perjumpaan mentor mentee telah diadakan pada petang Selasa (10.3.2009). Semua guru sesi petang terlibat dan telah mengendalikan sesi perjumpaan itu bermula jam 5.45petang hingga 6.30petang. Kelihatan (gambar bawah) Pn. Norlia sedang mengendalikan program tersebut bersama anak-anak menteenya.
En. Rahim (bawah) bersama menteenya di bilik PPSMI.
Ustazah Fadzilah sedang berbincang dengan anak menteenya.
Pn. Rohaizah (bawah) bersama menteenya di kelas tingkatan 1Efesyen.
Pn. Rozilah Zainal Abidin sedang berbincang dengan anak menteenya di bilik jahitan
Pn. Jaharah bersama anak menteenya tingkatan Peraliahan.March 9, 2009
MAJLIS IKRAR PELAJAR DAN PROGRAM SALAM
SELAMAT DATANG KE BLOG PENTADBIRAN PENOLONG KANAN PETANG
Blog ini diwujudkan untuk menyahut seruan kerajaan menggunakan ICT dalam pentadbiran. Kementerian Pelajaran Malaysia amat menggalakkan penggunaan teknologi siber untuk menyampaikan maklumat lebih-lebih lagi menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan penggunaan kertas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PROGRAM BULAN JUN 2009
1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2009
1. Mesyuarat Guru Kali Ke-6 - 16/9/09
2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09
3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September.
4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.
2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09
3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September.
4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.
PROGRAM BULAN OKTOBER 2009
1. Mesyuarat Guru Petang kali ke 7.
2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009)
3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009)
4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.
2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009)
3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009)
4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.
PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009
1. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09
2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09
3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09
5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009
2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09
3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09
5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009
ALUAN BLOG
Blog Pentadbiran Penolong Kanan Petang ini diwujudkan untuk memberikan ruang kepada semua warga SMK. Sg. Choh, mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang dapat dirakam untuk tatapan warga SMKSC. Di samping itu, pihak kami amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan dan penambahbaikan mengenai isikandungan blog ini. Sekian.