November 13, 2009

PERTANDINGAN BOLA BALING

Pertandingan akhir Bola Baling P15 antara rumah sukan dijalankan seperti biasa pada petang ini.


PERTANDINGAN BERCERITA DAN SYAIR

Pertandingan bercerita dan bersyair Bahasa Melayu pelajar sesi petang telah diadakan di Dewan Wawasan. Tujuh orang peserta menyertai pertandingan bercerita manakala enam orang memasuki pertandingan bersyair.

Situasi sebelum pertandingan dimulakan.

Salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita


Salah seorang peserta yang menyertai pertandingan bersyair.

November 12, 2009

PERLAWANAN BOLA BALING L15 DAN P15

Sempena Program Rakan Muda Sukan Sekolah, Pertandingan Bola Tampar antara rumah sukan telah dijalankan pada petang ini.
Perlawanan bola tampar pasukan lelaki 15tahun sedang beraksi (gambar bawah)

Pasukan Bola Baling Perempuan Bawah 15tahun sedang bertanding walaupun gelanggang berair.

November 11, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA SEKOLAH

Pertandingan bola tampar (P15) dan Sepak Takraw (L15) telah diadakan pada hari ini. Rumah Merah telah menjadi johan dalam pertandingan antara rumah sukan untuk permainan Sepak Takraw

EDARAN BUKU TEKS

Pn. Kalsom bt Abu Harerah bersama pembantu beliau sedang mengagihkan buku teks Tingkatan 3 kepada pelajar Tingkatan 2Dedikasi.

Pelajar Tingkatan 2Dedikasi yang telah menerima buku teks Tingkatan 3


November 7, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA KECERDASAN

Matlamat program ini dilaksanakan ialah untuk memanfaatkan masa pelajar yang hadir ke sekolah selepas peperiksaan akhir tahun. Mereka juga dapat berinteraksi antara kaum untuk mewujudkan suasana persefahaman dan perpaduan antara kaum melalui aktiviti permainan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Sepak Takraw, Bola Baling, Futsal, dan bola jaring.


Perlawanan futsal telah dimulakan.

PROGRAM BULAN JUN 2009

1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2009

1. Mesyuarat Guru Kali Ke-6 - 16/9/09
2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09
3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September.
4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.

PROGRAM BULAN OKTOBER 2009

1. Mesyuarat Guru Petang kali ke 7.
2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009)
3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009)
4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009

1. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09
2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09
3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09
5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009

ALUAN BLOG

Blog Pentadbiran Penolong Kanan Petang ini diwujudkan untuk memberikan ruang kepada semua warga SMK. Sg. Choh, mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang dapat dirakam untuk tatapan warga SMKSC. Di samping itu, pihak kami amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan dan penambahbaikan mengenai isikandungan blog ini. Sekian.