May 4, 2011

PENUTUPAN LAMAN BLOG

SMK. Sg. Choh telah memulakan persekolahan satu sesi mulai 1.1.2011. Oleh yang demikian laman blog ini terpaksa ditutup. Kerjasama seluruh warga guru sesi petang, pelajar dan kakitangan sokongan yang memberi sekongan dan dokongan dalam menjayakan laman blog ini kami ucapkan jutaan terima kasih. Sekian, harap maklum.

September 20, 2010

PERHIMPUNAN PETANG 20.9.2010

Guru bertugas minggu ini: Pn. Eda Edna dan Pn. Soh Chai Luan

Pn. Eda Edna sedang berucap mengenai disiplin pelajar
GPK Petang berharap pelajar tidak membawa wang raya dalam jumlah yang banyak ke sekolah. Pn. Asmah mengumumkan bahawa sekolah ganti pada 25/9/2010 (Sabtu) - menggunakan jadual hari Jumaat


Perhimpunan yang dihadiri oleh guru sesi petang

PERHIMPUNAN TENGAHARI

Pn. Eda Edna selaku guru bertugas berharap pelajar lelaki memotong rambut yang panjang dan keselamatan semasa menggunakan jalanraya sementara GPK Petang juga turut mengingatkan pelajar mengenai perkara yang sama.

August 30, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH

Sempena Bulan Kemerdekaan kali ke-53, pelajar sesi petang juga tidak ketinggalan telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan untuk menyemai dan menanam semangat patriotik di kalangan mereka. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Rohaizah dan Pn. Asmah

Nurul Izati - 2Bestari - JOHAN Pertandingan Pengkisahan Sejarah
Ani Zafirah - 2Amanah - JOHAN Pertandingan Poster Kemerdekaan
Nurul Izati - 2Bestari - JOHAN Pertandingan Sayembara Kemerdekaan
Siti Khadijah 2Amanah - JOHAN Menulis Sajak Merdeka dalam B.Melayu
Tempat Ke-3: Kategori Hiasan Kelas Patriotik - 2 Cekal
Naib Johan: Kategori Hiasan Kelas Patriotik - 2Bestari
Tempat Pertama: JOHAN Kategori Hiasan Kelas Patriotik - Tingkatan 1Bestari
Maheswaran - 1Bestari - JOHAN menulis sajak Kemerdekaan dalam Bahasa Tamil manakala Nor Sabrina - 1Amanah - JOHAN menulis sajak Kemerdekaan dalam Bahasa Inggeris
(tidak hadir - tiada gambar)

PERHIMPUNAN PETANG MINGGU INI

Guru Bertugas minggu ini (30/8/2010 - 3/9/2010) ialah Pn. Nor Jihan dan Cik Norashikin. Di akhir perhimpunan, guru dan pelajar telah menyanyikan lagu Patriotik "Tanggal 31" serta melaungkan perkataan 'MERDEKA' sebanyak 3 kali

August 9, 2010

PERHIMPUNAN

Guru Bertugas: Pn. Azilah dan Cik Fadliana
Tajuk Ucapan: Pengurusan Masa Berkesan Tingkatan 2Amanah telah memenangi Pertandingan Kebersihan Kelas minggu lalu (2/8 - 7/8/2010)

August 6, 2010

SAYEMBARA KEMERDEKAAN



Perjumpaan aktiviti kokurikulum pada kali ini diadakan dengan melaksanakan aktiviti Sayembara Kemerdekaan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan SMKSC. Pelajar telah mendeklimasikan sajak bertema Kemerdekaan secara berkumpulan (7 kumpulan) dan individu (6 orang)

August 2, 2010

KEMPORI PENGAKAP NEGERI SELANGOR

2 orang Pengakap Remaja dan 10 orang Pengakap Muda telah menghadiri Kempori Pengakap Negeri Selangor di Taman Rimba Templer. Mereka telah mendapat tempat ke-3 untuk persembahan Malam Kebudayaan. GPK Petang telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada semua peserta serta hadiah yang telah mereka menangi

KELAS TERBERSIH MINGGU LALU


Tingkatan 2Amanah telah dinobatkan kelas terbersih untuk minggu lalu (26/7 - 30/7/2010)

PEMENANG MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SESI PETANG

Johan - Pemenang Parachute Egg sedang menerima hadiah- Pengakap

Johan - Pemenang Explorace - Puteri Remaja Johan - Air Force Care - Puteri Islam

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SEMESCO

Pn. Asmah sedang berucap melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan untuk sesi petang

July 29, 2010

KUIZ MATEMATIK

Pn. Kalsom bt Abu Harerah sedang mengendalikan kuiz matematik semasa perhimpunan sesi petang

July 26, 2010

MAJLIS PELANCARAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK


KELAS TERBERSIH MINGGU INI

GPK Petang sedang menyampaikan piala pusingan kepada wakil Tingkatan 1Bestari kerana memenangi Kelas Terbersih minggu ini.

July 19, 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Pn. Asmah menyampaikan Piala Pusingan Kelas terbersih untuk minggu lalu dimenangi oleh Tingkatan 2Amanah

Program 2minit info PRS telah disampaikan oleh PRS 2Bestari Pn. Asmah menerima tabik hormat dari ketua platun Pandu Puteri
Perbarisan masuk oleh Pasukan Puteri Islam

Guru Bertugas: En. A.Rahim dan En. Musalli
Tajuk Ucapan: Kepentingan Makanan Seimbang

En. A.Rahim b. Mohd. Sharif mengingatkan pelajar mengenai perbarisan bulanan Unit Beruniform pada kali ini diketuai oleh Pasukan Pandu Puteri
Kutipan kilat untuk Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah diadakan selepas perhimpunan tengahari di Dewan Bestari
Pungutan Derma untuk pelajar perempuan


July 14, 2010

PERHIMPUNAN PETANG











Guru bertugas: En. Bakhtiar b. Mokhtar
Tajuk: Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Mohd. Izwan tingkatan 2B telah menerangkan mengenai 12perkara perlu ada untuk mengekalkan persahabatan dalam program 2minit info PRS

July 6, 2010

PERHIMPUNAN PETANG

Guru bertugas minggu ini ialah Cik Fadliana bt Hj. Sameon dan Pn. Eda Edna bt Mohd Sani
Tajuk ucapan: Keterampilan Diri
Pn. Asmah turut mengingatkan semua ketua tingkatan agar menghantar Buku Kawalan Kelas masing-masing sebelum sekolah sesi petang ditamatkan
En. Bakhtiar turut berucap agar pelajar sentiasa menjaga tatatusila sebagai seorang pelajar terutama semasa guru sedang mengajar.

June 28, 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Pn. Chen Kwee Yin menyatakan kepada pelajar bahawa Minggu Bahasa Inggeris sesi petang akan bermula pada 29/6/2010 (Selasa).
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ialah:
1. Poem Recital Competition and Singing Competition
2. Quizzes
3. Crossword puzzles competition
4. Word Search

Guru bertugas: Pn. Kalsom dan Cik Fazliana
Tajuk yang disampaikan: Personaliti Diri.

June 22, 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Guru bertugas minggu ini ialah Pn. Nurulain dan Pn. Nor Jihan.
Tajuk yang diperkatakan ialah Kepentingan Bahasa Inggeris
GPK Petang Pn. Asmah mengingatkan pelajar agar menjaga kebersihan kelas.

PROGRAM BULAN JUN 2009

1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2009

1. Mesyuarat Guru Kali Ke-6 - 16/9/09
2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09
3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September.
4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.

PROGRAM BULAN OKTOBER 2009

1. Mesyuarat Guru Petang kali ke 7.
2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009)
3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009)
4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009

1. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09
2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09
3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09
5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009

ALUAN BLOG

Blog Pentadbiran Penolong Kanan Petang ini diwujudkan untuk memberikan ruang kepada semua warga SMK. Sg. Choh, mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang dapat dirakam untuk tatapan warga SMKSC. Di samping itu, pihak kami amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan dan penambahbaikan mengenai isikandungan blog ini. Sekian.