Satu mesyuarat guru-guru petang telah diadakan pada 11.3.09 (Selasa) jam 12.40tengah hari hingga 1.30petang. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Guru Penolong Kanan Petang. Di antara perkara yang disentuh ialah:
1. Guru tingkatan dipohon agar menyerahkan fail akujanji tingkatan masing-masing ke Bilik GPK Petang.
2. Jadual Ujian Selaras 1, akan bermula pada 25/3 - 27/3/09. Semua guru pembuat soalan diminta menghantar soalan ke bilik GPK Petang dua hari sebelum peperiksaan.
3. Guru-guru diminta tidak meletakkan kenderaan di kawasan tapak perhimpunan pada petang Rabu, kerana pelajar sesi pagi akan mengadakan aktiviti kokurikulum.
4. Jadual waktu terkini telah diedarkan setelah rombakan kelas dilaksanakan.
5. Guru-guru diminta agar menulis seperti biasa - kelas, masa, tajuk yang diajar dalam buku rekod mengajar, walaupun kelas mereka diambilalih oleh guru praktikum.
6. Sebarang dokumentasi yang telah ditugaskan kepada guru-guru hendaklah dilengkapkan termasuklah fail-fail panitia.
7. Guru Penyelaras Tingkatan 1 dan 2 diminta mengisi rekod kehadiran pelajar jika guru tingkatan tidak hadir/berkursus pada hari persekolahan.
8. Pencerapan sudah pun bermula dan akan diteruskan.
9. Kelas-kelas (KRK), 2Amanah dan 1Amanah akan terlibat dengan teknik menjawab bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, di Bilik Mesyuarat pada 12/3/09, jam 2.30petang - 4.00petang. Guru-guru yang mengajar masa berkenaan dikehendaki berada dalam bilik tersebut.
10 Perkhemahan kelas KRK akan diadakan bertempat di Kalumpang Resort pada 2/5 - 3/5/09. AJK bertugas akan diberitahu kemudian. Jika ada sumbangan atau ada guru-guru yang dapat mengusahakan apa jua sumbangan terutama perbelanjaan amat dialu-alukan.