Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform kali ini dikendalikan oleh Pasukan Kadet Bomba GPK Petang menerima tabik hormat Membaca doa Upacara menaikkan bedera Pasukan Kadet Bomba Pasukan Pandu Puteri Pasukan Pengakap Pasukan Puteri Islam Pasukan Bulan Sabit Merah
Pelajar sesi petang melakukan kerja gotong royong membersihkan kelas masing-masing sempena Hari Kad Penyata pada 7/7/09 (Selasa). Terima Kasih saya ucapkan atas kerjasama semua pelajar dan guru yang terlibat menjayakan gotong royong ini
Mesyuarat telah diadakan dibilik mesyuarat. Antara perkara yang disentuh ialah: 1. Guru-guru yang tidak dapat menghadirkan diri pada Program Permata Gemilang dan Program EMaS bolehlah menggantikannya pada masa yang sesuai. 2. Keyin markah telah tamat, dakwat pencetak akan diganti yang baru. 3. Ujian selara pada 27/7/09 akan ditangguh pada 18/8 - 19/8/09. 4. Terima kasih kepada guru-guru yang masuk kelas relief terutapa kelas yang berisiko tinggi. 5. Penyelaras Tingkatan hendaklah mengisi kedatangan pelajar ke dalam register jika guru tingkatan tidak hadir. 6. Mesyuarat AJK Permuafakatan akandi adakan pada 18/7/09. 7. Surat amaran hendaklah dihantar ibu bapa pelajar yang tidak hadir. 8. Buku Kawalan Kelas hendaklah diisi oleh guru yang masuk kelas. 9. Program Bacaan Yasin bulanan akan diadakan pada 3/7/09 (Jumaat). 10. Kem Perdana di Nur Lembah Lenggong Perak akan diadakan pada 3/7 - 5/7/09. Seramai 41 orang pelajar mengikuti perkhemahan tersebut. Bas akan bertolak pada jam 10.00pagi hari Jumaat. 11. Jadual waktu ada sedikit perubahan setelah Pn. Ng Yoke Cheng mengajar sebelah pagi
Guru bertugas minggu ini ialah Pn. Rohaizah dan Pn. Asmah. Pelajar diingatkan agar berhati-hati dan berwaspada terhadap demam H1N1. Di samping itu, markah peperiksaan pertengahan tahun sedang dikumpul untuk dianalisis.
1. Mesyuarat Guru Kali Ke-6 - 16/9/09 2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09 3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September. 4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.
PROGRAM BULAN OKTOBER 2009
1. Mesyuarat Guru Petang kali ke 7. 2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009) 3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009) 4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.
PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009
1. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09 2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09 3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09 4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09 5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009
ALUAN BLOG
Blog Pentadbiran Penolong Kanan Petang ini diwujudkan untuk memberikan ruang kepada semua warga SMK. Sg. Choh, mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang dapat dirakam untuk tatapan warga SMKSC. Di samping itu, pihak kami amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan dan penambahbaikan mengenai isikandungan blog ini. Sekian.