Pertandingan bercerita dan bersyair Bahasa Melayu pelajar sesi petang telah diadakan di Dewan Wawasan. Tujuh orang peserta menyertai pertandingan bercerita manakala enam orang memasuki pertandingan bersyair.
Situasi sebelum pertandingan dimulakan.

Ahli Kelab Cyberkids telah mengadakan kursus PhotoScape kepada pelajar Tingkatan 2 Amanah. Kursus tersebut diadakan di Makmal Komputer 2 telah diketuai oleh Noor Syahirah bt Hasan bermula jam 3.50petang hingga 6.30petang. Terima Kasih kepada mereka kerana telah mengendalikan kursus tersebut dengan jayanya.