June 29, 2009

PERHIMPUNAN PETANG

Guru bertugas minggu ini ialah Pn. Rohaizah dan Pn. Asmah. Pelajar diingatkan agar berhati-hati dan berwaspada terhadap demam H1N1. Di samping itu, markah peperiksaan pertengahan tahun sedang dikumpul untuk dianalisis.

June 27, 2009

PESERTA KEM PEMIMPIN MUDA

Pada 26/6/09 - 27/6/09, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSC telah menganjurkan
Kem Pemimpin Muda. Pengawas sesi petang juga, turut menyertai Kem ini.
Kelihatan peserta sedang mengisi borang Penilaian Kem di akhir slot Kem tersebut.

Sebahagian Pengawas lelaki sesi petang yang menyertai Kem tersebut

Pengawas perempuan sesi petang yang menyertai Kem tersebut

June 26, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti KoKurikulum sesi petang masih berjalan seperti biasa.


June 15, 2009

SEMESTER 2 BERMULA

GPK Petang, Pn. Norlia bt Abu Bakar sedang memberi ucapan.
Dalam ucapannya beliau mengingatkan pelajar tentang
Perjumpaan Hari Kad Penyata pada 26/6/2009, kebersihan
dan keceriaan kelas serta amalan sikap "bertolak ansur"
di kalangan pelajar untuk mengelakkan pergaduhan.

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Peserta Kem Maxis Cyberkids. Mereka telah
menyertai Kem tersebut pada 8/6/09 - 13/6/09 di Sheraton Hotel Subang Jaya.



Suasana Perhimpunan Sesi Petang pada hari Isnin (15.6.2009).

June 2, 2009

BENGKEL PEMBINAAN DAN PENGURUSAN BLOG


Bengkel Pembinaan dan Pengurusan Blog telah diadakan pada pukul 8.30pagi - 12.30tengahari, 2 Jun 2009, (Selasa) di Makmal Komputer 2, SMKSC. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Musalli b. Md. Sahib, guru ICT.

PROGRAM BULAN JUN 2009

1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2009

1. Mesyuarat Guru Kali Ke-6 - 16/9/09
2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09
3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September.
4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.

PROGRAM BULAN OKTOBER 2009

1. Mesyuarat Guru Petang kali ke 7.
2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009)
3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009)
4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009

1. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09
2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09
3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09
5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009

ALUAN BLOG

Blog Pentadbiran Penolong Kanan Petang ini diwujudkan untuk memberikan ruang kepada semua warga SMK. Sg. Choh, mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang dapat dirakam untuk tatapan warga SMKSC. Di samping itu, pihak kami amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan dan penambahbaikan mengenai isikandungan blog ini. Sekian.