April 28, 2009

MESYUARAT GURU-GURU SESI PETANG KALI KE-3



Antara perkara-perkara yang disentuh ialah:
1. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 bermula pada 20/5 - 27/5/09 (6hari)
2. Persediaan soalan dan urusan mencetak hendaklah siap sebelum atau pada 18Mei, 2009
3. 26.6.2009 akan diadakan Hari Kad Penyata.
4. Jika guru-guru berkursus, pastikan ada kerja-kerja pelajar diberi.
5. Maklumat dalam register hendaklah dilengkapkan.
6. Perkhemahan Kelas RK akan diadakan pada 1/5 - 2/5/09. Guru-guru yang berkelapangan
dijemput turut sama dan diucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.
7. Guru-guru yang tidak dapat hadir Kelas Program Permata Gemilang boleh minta orang lain gantikan.
8. Turut dijelaskan mengenai Komputer di Bilik GPK Petang dan penggunaannya.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Puan Pengetua, Beliau turut memberikan penjelasan mengenai Tatacara permohonan untuk Guru Cemerlang dan PPPS Tingkatan 6.

KELAS TERBERSIH MINGGU LALU

Pn. Zaida bt Mohd. Zi, selaku Guru Tingkatan 2Amanah turut gembira
bersama Ketua Tingkatannya setelah diumumkan sebagai kelas
terbersih minggu lalu. Penyampaian piala telah disempurnakan oleh
Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Norlia bt Abu Bakar

PENYAMPAIAN SIJIL CHORAL SPEAKING

Ketua Kumpulan Choral Speaking, sedang menerima sijil penghargaan
dari Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Norlia bt Abu Bakar.

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM

Perhimpunan bulanan unit beruniform kali ini dikendalikan
oleh Pasukan PBSM.






April 25, 2009

PERSEKOLAHAN HARI SABTU

Hari ini adalah hari persekolahan menggunakan
jadual hari Khamis. Pn. Norlia sedang memberi peringatan
kepada pelajar perempuan agar mereka sentiasa menjaga
maruah diri mereka. Laporkan jika ada sebarang kejadian
yang tidak elok berlaku.




Pn. Rohaizah sedang memberi penerangan kepada pelajar
semasa perhimpunan di dewan.

April 24, 2009

AKTIVITI KOKO

Pelajar sesi petang sedang bermain congkak.

Sementara itu, slot mendeklamasikan sajak telah
berlangsung di Dewan Wawasan sempena Kempen Minggu
Bahasa Inggeris.

April 20, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Guru bertugas minggu ini ialah Cik Zaharah bt Abdullah dan Pn. Kalsom
bt Abu Harerah.
Pengumuman yang telah disampaikan ialah:
1. Peperiksaan Pertengahan tahun sudah hampir kurang sebulan
sahaja lagi.
2. Kelas Ganti akan diadakan pada hari Sabtu ini (25/4/09) bermula jam
1.10petang, menggunakan jadual hari Khamis.
3. Setiap pelajar dikehendaki membayar RM1.00 untuk yuran SEGAK yang akan
dikutip oleh Ketua Tingkatan masing-masing.
4. Lawatan Pameran Buku anjuran Kelab Usahawan di PWTC pada
hari Sabtu 24/4/09.
5. Pelajar yang terlibat dengan raptai Hari Kecemerlangan, sila hadir
mengikut masa yang telah ditetapkan.
6. Minggu ini merupakan Minggu Bahasa Inggeris.

Syed Alif sedang mengendalikan sesi latihan Choral Speaking.


Ketua Tingkatan 1Cekal sedang menerima Piala Pusingan untuk kelas
terbersih pada minggu lalu dari GPK Petang, Pn. Norlia bt Abu Bakar.


Gambar-gambar rakaman perhimpunan sesi petang di luar
dewan pada petang 20/4/2009

April 17, 2009

JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK

Tingkatan 2Dedikasi telah terpilih menjadi Johan
Pertandingan Sepanduk antara Kelas Sesi Petang
Sempena Sambutan Maulidul Rasul 1430 Hijrah.

April 13, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Siti Mariam Jamila bt Mohd. Naim (berbaju hijau muda), ketua
Tingkatan 2 Cekal, berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan
kerana kelas mereka telah diumumkan kelas terbersih minggu lalu
(6/4/09 - 10/4/09).


Suasana perhimpunan sesi petang pada hari ini. Pada petang ini,
hujan berterusan semasa perhimpunan.



Guru bertugas minggu ini ialah Pn. Wan Safrah bt. Wan Saad dan Pn. Eda Edna bt Mohd. Sani. Tajuk Ucapan yang disampaikan oleh Pn. Wan Safrah pada minggu ini ialah "MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU"

April 10, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM SESI PTG (10/4/09)

Sempena Sambutan Majlis Maulidurasul yang akan diadakan pada 17/4/09,
Pertandingan melukis sepanduk yang berkongsepkan Perjuangan Junjungang
Besar Nabi Muhammad S.A.W telah dianjurkan. Setiap tingkatan digalakkan
menyertai pertandingan ini.
Kelihatan pelajar Tingkatan 2Cekal sedang berbincang mengenai
tajuk yang akan dilukis di atas kain rentang kelas mereka.

Pelajar tingkatan 1Cekal telah memulakan aktiviti melukis
di atas kain rentang mereka dengan dibimbing oleh Pn. Wan Safrah.
Pelajar 1Bestari sedang melukis pada kain rentang dengan dibimbing oleh Ustazah Pn. Fadzilah.

Kelas 1Amanah sudah pun memulakan kerja-kerja melukis atas kain rentang kelas mereka dengan dibantu oleh Pn. Eda Edna.

Salah seorang peserta sedang mendeklamasikan sajak sempena Pertanding
Mendeklamasikan Sajak Maulidurasul.
Para hakim sedang mengambil tempat.
Ustazah Safinaz sedang memberikan taklimat sebelum pertandingan
deklamasikan sajak bermula

April 7, 2009

SEMINAR DAN PROGRAM MOTIVASI

Pn. Zainun bt Embung, sedang memberikan ceramah motivasi dan Seminar Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu kepada pelajar RK.

April 6, 2009

GURU BERTUGAS MINGGU INI

1. Pn. Rohaizah bt Ishak
2. Pn. Zaida bt Mohd. Zi

Tarikh Bertugas: 6/4/2009 - 10/4/2009
Tajuk Ucapan: "DADAH DAN JENIS-JENISNYA"
Kelas Terbersih Minggu Lalu: 1 Cekal.

Pengumuman yang disampaikan:
Pada hari Selasa, 7/4/2009 - semua pelajar RK (1Amanah dan 2Amanah) dikehendaki berada di bilik mesyuarat mulai jam 2.30petang kerana ada Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu dan Ceramah Motivasi. Semua guru yang mengajar pada waktu berkenaan diharap berada di bilik tersebut bersama pelajar. Pelajar RK tingkatan 3Amanah juga turut hadir.

April 1, 2009

PERHIMPUNAN SEBELUM MEMULAKAN KELAS

Pn. Zaida bt Mohd Zi sedang memberikan ucapan semasa perhimpunan sesi petang, sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran di kelas masing-masing.

PROGRAM BULAN JUN 2009

1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2009

1. Mesyuarat Guru Kali Ke-6 - 16/9/09
2. Majlis Penutupan Sempena bulan kemerdekaan - 17/9/09
3. Keyin Markah Ujian PLBS - Penghujung bulan September.
4. Penghantaran dokumen Kokurikulum 2009.

PROGRAM BULAN OKTOBER 2009

1. Mesyuarat Guru Petang kali ke 7.
2. Peperiksaan PMR (7,8,9/10 dan 12,13/10/2009)
3. Peperiksaan Akhir Tahun 2009 (28/10 - 5/11/2009)
4. Jamuan KRK - Semua pelajar KRK pada 23/10/2009. Tempat: kantin. Semua guru yang mengajar KRK dan pelajar KRK Tingkatan 1 - Tingkatan 3.

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2009

1. Peperiksaan Akhir Tahun 28/10/09 - 5/11/09
2. Pemulangan dan penerimaan Buku Teks 9/11/09
3. Keyin markah akhir tahun 9/11/09 - 14/11/09
4. Program Rakan Muda Kecerdasan - pertandingan antara rumah sukan - Sepak Takraw, Futsal, Bola Baling, Bola Tampar dan Ping Pong pada 6/11/09 - 13/11/09
5. Mesyuarat semua guru - 9/11/2009

ALUAN BLOG

Blog Pentadbiran Penolong Kanan Petang ini diwujudkan untuk memberikan ruang kepada semua warga SMK. Sg. Choh, mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa yang dapat dirakam untuk tatapan warga SMKSC. Di samping itu, pihak kami amat mengalu-alukan apa jua bentuk cadangan dan penambahbaikan mengenai isikandungan blog ini. Sekian.